Tugas di SKMM Jailani_Johari

Ketua Pegawai Kawalselia Industri di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)Jun 2010 – 2013

Peranan UtamaBertanggungjawab kepada halatuju pembangunan industri melalui kawalselia yang rapi selaras dengan objektif kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.


Tanggungjawab Utama

  • Perancangan & Pembangunan Strategi
  • Pengurusan Perhubungan industri
  • Pengurusan Operasi
  • Pengurusan & pembangunan anggota


Pencapaian

  • Mengetuai SKMM sebagai ketua delegasi di Kongres UPU di Doha bertemakan “New World, New Strategy” telah diadakan dari 24 September hingga 15 Oktober 2012. [perlu rujukan]
  • Melalui pengundian yang dijalankan, Malaysia telah berjaya terpilih menganggotai ahli Postal Operations Council (POC) untuk tempoh empat tahun (2013-2016) yang terdiri daripada 40 buah negara sahaja. Pada pengundian tersebut, Malaysia telah menerima 105 undi berbanding 76 undi yang di terima di Kongres Geneva pada tahun 2008 (peningkatan sebanyak 38%).[perlu rujukan]
  • Bagi rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia turut terpilih bersama Malaysia manakala Singapura pula gagal terpilih di dalam penggundian tersebut. [perlu rujukan]
  • Peranan aktif Malaysia di dalam UPU telah membolehkan Malaysia menerajui beberapa Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja POC. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Fizikal (surat dan bungkusan) dan Pengerusi Kumpulan Kerja Remunerasi Perkhidmatan Bungkusan Antarabangsa. Sebagai Timbalan Pengerusi di peringkat Jawatankuasa, Malaysia juga turut menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan POC.[perlu rujukan]